Sani Araby Al-Kahery

Sultan Idris Universiti of Education (UPSI)Malaysian Consultative Council of Islamic Organisation (MAPIM), Organisation of Islamic Cooperation (OIC) ICHAD - GAZAUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2017Duta Kemanusiaan OIC-ICHAD (Gaza)Tokoh Anugerah Khas (Anak Muda) Maulidur Rasul 1435H Peringkat Negeri Pulau Pinang.(Dr.) Sani Araby Al-Kahery[1] atau nama sebenar beliau Ahmad Sani Araby Bin Dato' Abdul Alim Araby merupakan seorang tokoh korporat yang berjaya membina syarikat perniagaan dan beliau juga begitu aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan serta kemasyarakatan dalam & luar negara[2]. Dilahirkan di Pulau Pinang pada 4hb Julai 1984, beliau merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Dilahirkan dalam keluarga berketerunan campuran Arab-Melayu, beliau lebih dikenali sebagai Sani Araby Al-Kahery[3] di media massa dan sosial. Beliau mendapat pendidikan asas perguruan di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim (MPSAH)[4] dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang TESL (Teaching English as Second Language) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau meletakkan prinsip "Pioneering & Versatility " dalam mode kepimpinan dan kemasyarakatan. Beliau berpandangan bahawa setiap apa yang dilakukan perlulah dilaksanakan dalam standard yang High-Impact, mengutamakan strategi yang berkesan, seminima kos serta tenaga dan memberi manfaat yang besar serta bersifat multiple effect impact[1] .Beliau kini giat memperjuangkan nasib rakyat Palestin[5], Syria dan Rohingya yang ditindas. Sani Araby Al-Kahery juga sering dijemput berucap dan memberi buah fikiran di peringkat antarabangsa dan dalam negara menerusi persidangan-persidangan serta perbincangan meja bulat. Antaranya pada Mac 2013, beliau bersama Presiden MAPIM telah dijemput untuk membahaskan tentang isu kemanusiaan Rohingya dan Gaza di Persidangan Human Right Council Kali Ke-22 (United Nation) di Geneva, Switzerland[6]. Atas kejayaan mengasaskan beberapa pelan-pelan strategik bertindak untuk projek-projek kemanusiaan, Sani Araby Al-Kahery menjadi rakyat Malaysia pertama yang di lantik sebagai President Kehormat sebuah organisasi kemanusiaan Youth For Syria (Y4S)[7] yang berfungsi membantu dan memperjuangkan isu-isu Syria. Beliau juga telah dilantik menganggotai Board Of Trustee, Kesatuan NGO Kemanusiaan Syria (ITIHAD)[8] yang menaungi 200 NGO kemanusiaan Syria. Beliau dikenali sebagai anak muda yang berpandangan besar untuk membantu Ummah. Oleh kerana itu, beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Anugerah Khas (Anak Muda) Maulidur Rasul 1435H Peringkat Negeri Pulau Pinang[9] dan anugerah disampaikan oleh TYT Gabernor Pulau Pinang. Pada Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kali ke- 19, Sani Araby menempa sejarah menjadi penerima tunggal bagi Ijazah Kehormat Doktor Kesukarelawan dan termuda dalam sejarah 95tahun universiti[10]. Penganugerahan ini disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim selaku Canselor universiti.

Sani Araby Al-Kahery

Pekerjaan Entrepreneur,Government, International Humanitarian Activist
Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Kesukarelawan

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2017

Duta Kemanusiaan OIC-ICHAD (Gaza)

Tokoh Anugerah Khas (Anak Muda) Maulidur Rasul 1435H Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Anugerah Tokoh Ikon Alumni, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2015
Warganegara Malaysian
Organisasi Al-Araby Group of Companies,

Sultan Idris Universiti of Education (UPSI)

Malaysian Consultative Council of Islamic Organisation (MAPIM), Organisation of Islamic Cooperation

(OIC) ICHAD - GAZA

International Educational, Scientific & Social Organisation (IESCO)
Pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang JayaBachelor of Education (TESL) Hons.
Kelahiran 4hb Julai 1984
Pulau Pinang

Rujukan

WikiPedia: Sani Araby Al-Kahery http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pendiria... http://us3.campaign-archive2.com/?u=052bc54bc5daf8... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/terk... http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/mapim-... http://www.sinarharian.com.my/nasional/mapim-hanta... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Korporat/20131008/... http://www.upsi.edu.my/index.php/2016-05-24-09-16-... https://www.facebook.com/Aku.Cinta.Allah.1 https://www.facebook.com/profile.php?id=1000002762...